餅つくり@buat ‘rice kek’
November 23, 2008
餅つき(mochi tsuki)atau maksud yang mudah difahami “pound steamed rice into cake”.khusus untuk pelajar asing yamanashi.pihak ‘daerah iwakubo-chou’ telah mengadakan acara ini. membuat mochi. menarik juga kerana pernah melihat benda ini dalam komik suatu ketika dahulu. mungkin ada yang ingat dan tahu tentang dongeng jepun yang mana kek nasi ini dikatakan dibuat di bulan oleh sekumpulan arnab.rice kek jepun memang agar popular apabila hampir menjelang tahun baru.
hari itu juga,semua pelajar asing diminta menyediakan satu hidangan mewakili negara masing-masing. kami ambil makan mudah disediakan dan memandangkan cuaca sangat sejuk tatkala winter hampir tiba,kami sediakan agar-agar citarasa malaysia yang sesuai dengan cuaca.kami juga memperkenalkan baju tradisi malaysia,dan sekali lagi,aku memakai baju melayu yang sama.menyesal tak bawak baju melayu lebih…
sempat juga bersama-sama senior daerah(makcik-makcik)menari tarian tradisional kawasan. diiringi muzik dan paluan gendang dari ketua2 daerah(pakcik-pakcik)..







