cabaran berAgama

April 26, 2008

pelik sedikit bunyi ‘entri’ kali ni.emm..memang agak mencabar,dan menyeronokkan. Teringat kali pertama sujud dibumi Allah di yamanashi ini.kami solat di car park open air di sport depo. dengan angin sejuk melampau beralaskan blazer kami sembahyang jamak berjemaah.yang kelakarnya,sedang kami solat,ada warga tempatan yang menangkap gambar kami solat.’hilang khusyuk’.;p

islam masih belum popular dijepun dek kerana bangsanya yang hidup tanpa agama.aku bukanlah orang yang tepat untuk bercakap hal-hal agama.tp aku percaya kita semua ada tanggungjawab atas agama kita ISLAM.

cerita entri kali ini tentang masjid kofu.satu-satunya masjid di yamanashi ini.keluasannya mampu menampung hanya 30 orang jemaah.harga sewa rumah di jepun cukup tinggi.itupun trima kasih pada seorang warga india yang bekerja dijepun kerana menyediakan masjid ini.

pada awal kedatangan aku disini,ada seorang mualaf.jepun islam,osman.apa yang lebih menarik,ibu bapa osman baru sahaja memeluk islam minggu lepas.alhamdulilah. cukup kagum dengan senior malaysia yang telah berusaha memakmurkan masjid ini sehingga membuka pintu hati saudara baru.

walau siapa pun kita,walau bagaimanapun cara hidup kita,walau dimana kita berada,kita berpegang pada satu agama,menghadap ke kiblat yang sama.kita ada tanggungjawab atas agama.YOSH!

Advertisements

safiah+oversea=???

April 25, 2008

mungkin dah lapok isu ini.tapi aku percaya ramai yang masih sedih dengan ‘safiah yusof’. aku pun baru sahaja membaca berita penuh tentang diri pelajar paling cerdik negara ini.dengan usia yang masih muda,sudah mempunyi kebolehan matematik yang luar biasa.

saya kira ramai yang sudah mengatahui nasib pelajar ini yang telah memperdagangkan diri(menjual tubuh) demi mencari wang,malah menggemari dan mengiktiraf ‘industri’ itu..industri ke??….umurnya sekarang 23 tahun,2 tahun tua dari aku.sufiah lari dari rumah dua,tiga tahun yang lepas. bermakna,umur dalam lingkungan belasan ke 20 tahun adalah waktu kemuncak personaliti seseorang.maka,bagi yang akan mencapai waktu2 genting ini.persiapkanlah diri anda.

tidak mahu lagi mengulas isu sufiah, kesian dengan ibunya dan keluarga, ayuh kita sama2 berdoa. menyentuh sedikit tentang kehidupan ‘oversea’ yang mengamalkan dasar demokrasi sepenuhnya,banyak cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi,kadang2 iman dan pertimbangan  moral remaja perseorangan kurang tepat dan kukuh.maka sahabat amat perlu dalam membuat keputusan.ingat kita mesti berkawan dan pandai memilih kawan.benar kata ibu safiah,’shes not pandai,pandai is how you adapt’.kita pon jangan biarkan kawan atau orang sebelah kita keseorangan.nnti datang syaitan..

mungkin kita tak berkemampuan menolong safiah,namun sedar tidak sedar masih ramai disekeliling kita yang hampir memilih jalan yang hampir sama dengan safiah.maka nasihat alamwalker,kita cegah dan ubati apa yang kita mampu yang sedang berlaku hampir dengan kita.kita semua pernah melakuka kesilapan,dan masih belum terlambat untuk memperbetulkan dan memperbaik diri kita.

kekalkan jati diri berteraskan agama.

icigogari

April 14, 2008

huih susah betol nak update blog bile class dah start.baiklah,kali ni tentang satu lagi budaya jepun yang dilakukan ketika musim bunga,icigogari.icigo bermakna strawberi,secara ringkas icigogari bermaksud makan strawberi sebanyak mana yang boleh di ladangnya dengan hanya membayar 1000yen(RM30) .umum tahu taraf hidup dijepun cukup tinggi,buah-buahan sangat mahal,contoh mudah,harga sebijik mangga biasanya paling murah mampu mencecah RM100!,bandingkan dengan negara kita.dek kerana harga yang mahal,maka icigogari dianggap satu peluang untuk menikmati strawberi sepuas-puasnya bersama keluarga.

Ahad yang lepas aku berpeluang menikmati icigogari ini di fruit park,yamanashi.ikutkan biasa,aku di negara sendiri jarang makan strawberi.boleh dikatakan dalam hidup hampir 20 tahun ini,baru hanya beberapa biji strawberi pernah aku makan,tak sampai 10 biji agaknya..aku sebenarnya kurang gemar dengan strawberi kerana rasanya yang kadang2 masam.namun,hari itu,tak terkira banyaknya strawberi yang aku makan.

Kami dibekalkan dengan satu bekas dan susu pekat manis,kemudian,mulalah serangan keatas pokok2 strwberi disitu.manisnya tak terkata,sangat sedap dan manis.tapi awas!ada perkara yang perlu diambil perhatian.bagi yang akan makan banyak,anda perlu berhati2,pastikan jangan makan dengan perut kosong,alaskan perut terlebih dahulu kerana strawberi mengandungi kandungan asid amino yang agak tinggi.kalau tidak,bersedialah untuk ketandas.AWAS! tandas awam dijepun jarang mempunyai paip air,hanya ada tisu tandas.

setelah perut penuh diisi buah berwarna merah itu,kami diberi aiskrim setiap seorang mengikut perasa kesukaaan.kawasan fruit park ini terletak dipuncak bukit,pemandangan cukup cantik.maka kami junior tahun pertama mengambil peluang mengambil gambar sebanyak mungkin,kalau tahun depan datang lagi,mesti malu nak melakukan demikian kerana sudah ada junior baru.haha

setelah selesai,salah satu kereta tersangkut kerana park dengan cara yang salah,nasib baik kami org luar,maka tidak dimarah.kami terus bergerak ke restoran maman,salah satu restoran india muslim utk memenuhkan bahagian perut yang kosong.hari berakhir dengan kekenyangan…class telah bermula,dan perjuangan perlu diteruskan!

AMBANG ASUHAN JEPUN

April 12, 2008

Ambang Asuhan Jepun, sebuah nama yang tak akan pernah hilang dalam sejarah hidupku, tempat yang telah banyak melakar suka duka,pahit manis hidup selaku pelajar belasah tahun.24.4.2006 mula melangkah kealam AAJ yang kusangkakan mudah,namun ilusi yang ku cipta dalam fantasiku berbeda dengan rialiti yang tidak seindah mimpi.mungkin hasil blog kali ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang senasib atau bakal menempuhi pengalaman yang sama walaupun situasinya berbeza.

awal tahun pertama,keadaan masih seperti biasa kerana aku sudah ada pengalaman dan sedikit pengetahuan tentang bahasa jepun yang pernah aku pelajari di sekolah menengah,maka,aku jarang menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran sepertimana kawan2ku yang lain yang kali pertama belajar bahasa ke-3 ini.selang 6 bulan,aku mula berasa tertekan kerana aku seperti ketinggalan berbanding yang lain.hasil analisis sendiri,enjinku belum panas berbanding yang lain yang sudah bertungkus lumus selama lebih 6 bulan.hidup sekadar belajar siang dan malam cukup memenatkan otak,tanpa ada masa terluang. sehingga ada istilah ‘bosan itu indah’.

re-test,kelas tambahan dan sebagainya bagaikan sudah menjadi kebiasaan.kelas yang bermula dari pukul 8.00am dan berakhir pada 6.00pm cukup memenatkan ditambah dengan kelas hari sabtu.namun nasib menyebelahi dengan berkat usaha guru2 terutama fazian sensei,ibuku dan bantuan dari kawan2,aku berjaya ketahun 2.

tahun 2 lebih parah,fizik,kimia,math semua diajar dalam bahasa jepun oleh guru jepun.maka targedi sama berulang kembali,sepatutnya tahun 2 boleh pulang pada jam 5.00pm.namun malang aku tersenarai antara pelajar yang lemah dan terpaksa mengambil kelas tambahan,rekod batch! aku pernah pulang pada jam 8.30pm. lebih memparahkan keadaan pengalaman pertama bercinta terkandas.apapun terima kasih kepada si dia kerana telah banyak membantu memberi semangat dan sebagainya.thanks.

aku berfikir dan cuba mncari jawapan kenapa aku tidak mampu untuk belajar dengan baik walhal aku tidak ada sebarang kerja atau tanggungjawb lain selain belajar.baru aku sedar sebenarnya hidup ini tidak lengkap tanpa kita melakukan perkara yang kita suka disamping kita melakukan perkara2 yang wajib.kadang kala kita mudah menjadi alpa dan lalai serta hidup tidak terurus apabila kita rasakan hidup kita terlalu lapang.mungkin hidup yang sibuk lebih menyeronokkan.pendapat sendiri,hidup sekadar untuk belajar akademik semata2 umpama membunuh diri dari dalam tanpa disedari.

bagaikan satu nafas baru,aku berpeluang menyertai kelab orator UM,dan menghadiri sesi latihan untuk pertandingan debat piala diraja.lama berfikir,aku teruskan keinginan hati dengan harapan mampu mengubah hidup yang sedang kelam kabut dan tidak bermaya.hidup sebahagian dari keluarga orator mengajar aku banyak perkara dan terbukti laughter is the best medicine for your heart.sedikit sebanyak pelajaranku bertambah baik,disamping hidup lebih bermakna dan berilmu. “A hobby a day keeps the doldrums away.”
–Phyllis Mcginley .ada kebenarannya..

diakhir perjalanan hidup di AAJ.aku rasa cukup bertuah.mungkin jika aku tidak ada pengalaman sebegini,aku mungkin masih lagi insan yang lemah dan masih bergantung harap kepada orang lain.perjalanan disini takkan dilupakan,album hati yang tidak mungkin dapat dipadam hingga akhir hayat.ribuan terima kasih kepada semua,hanya allah yang mampu membalas budi kalian.doakan kejayaan aku di jepun agar tidak lari dari tanggungjawab selaku muslim,pelajar,dan manusia.AAJ gradute ceremony

“Life is not easy for any of us.
We must have perseverance and above all confidence in ourselves.
We must believe that we are gifted for something
and that this thing must be attained.”

Marie Curie

Wisdom is the sharing of wise experiences and knowledge, but a lot of it is common sense. The difference is how we apply this common sense – we all have the ability to keep going even when we face challenges in our lives – basically it comes down to your attitude. We can have a positive attitude towards life, or a negative attitude. We can focus on the good or we can focus on the bad. Keeping a positive mental attitude is one of the keys to success.

The choice is always up to you!

HANAMI

April 12, 2008

mungkin ramai yang pernah mendengar istilah HANAMI,salah satu istilah yang penting dan popular dikalangan masyarakat jepun.hanami yang bermaksud ‘melihat bunga’ merupakan salah satu aktiviti tahunan popular dikalangan masyarakat jepun tanpa mengira usia.aktiviti ini akan diadakan pada bulan 4 setiap tahun ketika musim sakura kembang.

gembira kerana pngalaman pertama bersama-sama dengan senior melayu disini,kami berkelah dibawah pokok bunga sakura yang sedang kembang dan luruh.makan sambil menikmati pemandangan cantik dan romantik sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat jepun untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.(harap juga aktiviti sebegini ada di malaysia).

malam sebelumnya,semua senior dan junior,tidak kira lelaki atau perempuan saling tolng menolong memasak dan menyiapkan peralatan untuk kegunaan ketika hanami.nasi lemak,ayam goreng,dan sambal sotong cukup untuk mengenyangkan kami yang kerinduan masakan melayu.selepas makan,kami mula berjalan2 dan menangkap gambar.aktiviti terakhir adalah sesi perkenalan antara orang lama dan kami selaku newcomer di yamanashi.