AMBANG ASUHAN JEPUN

April 12, 2008

Ambang Asuhan Jepun, sebuah nama yang tak akan pernah hilang dalam sejarah hidupku, tempat yang telah banyak melakar suka duka,pahit manis hidup selaku pelajar belasah tahun.24.4.2006 mula melangkah kealam AAJ yang kusangkakan mudah,namun ilusi yang ku cipta dalam fantasiku berbeda dengan rialiti yang tidak seindah mimpi.mungkin hasil blog kali ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang senasib atau bakal menempuhi pengalaman yang sama walaupun situasinya berbeza.

awal tahun pertama,keadaan masih seperti biasa kerana aku sudah ada pengalaman dan sedikit pengetahuan tentang bahasa jepun yang pernah aku pelajari di sekolah menengah,maka,aku jarang menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran sepertimana kawan2ku yang lain yang kali pertama belajar bahasa ke-3 ini.selang 6 bulan,aku mula berasa tertekan kerana aku seperti ketinggalan berbanding yang lain.hasil analisis sendiri,enjinku belum panas berbanding yang lain yang sudah bertungkus lumus selama lebih 6 bulan.hidup sekadar belajar siang dan malam cukup memenatkan otak,tanpa ada masa terluang. sehingga ada istilah ‘bosan itu indah’.

re-test,kelas tambahan dan sebagainya bagaikan sudah menjadi kebiasaan.kelas yang bermula dari pukul 8.00am dan berakhir pada 6.00pm cukup memenatkan ditambah dengan kelas hari sabtu.namun nasib menyebelahi dengan berkat usaha guru2 terutama fazian sensei,ibuku dan bantuan dari kawan2,aku berjaya ketahun 2.

tahun 2 lebih parah,fizik,kimia,math semua diajar dalam bahasa jepun oleh guru jepun.maka targedi sama berulang kembali,sepatutnya tahun 2 boleh pulang pada jam 5.00pm.namun malang aku tersenarai antara pelajar yang lemah dan terpaksa mengambil kelas tambahan,rekod batch! aku pernah pulang pada jam 8.30pm. lebih memparahkan keadaan pengalaman pertama bercinta terkandas.apapun terima kasih kepada si dia kerana telah banyak membantu memberi semangat dan sebagainya.thanks.

aku berfikir dan cuba mncari jawapan kenapa aku tidak mampu untuk belajar dengan baik walhal aku tidak ada sebarang kerja atau tanggungjawb lain selain belajar.baru aku sedar sebenarnya hidup ini tidak lengkap tanpa kita melakukan perkara yang kita suka disamping kita melakukan perkara2 yang wajib.kadang kala kita mudah menjadi alpa dan lalai serta hidup tidak terurus apabila kita rasakan hidup kita terlalu lapang.mungkin hidup yang sibuk lebih menyeronokkan.pendapat sendiri,hidup sekadar untuk belajar akademik semata2 umpama membunuh diri dari dalam tanpa disedari.

bagaikan satu nafas baru,aku berpeluang menyertai kelab orator UM,dan menghadiri sesi latihan untuk pertandingan debat piala diraja.lama berfikir,aku teruskan keinginan hati dengan harapan mampu mengubah hidup yang sedang kelam kabut dan tidak bermaya.hidup sebahagian dari keluarga orator mengajar aku banyak perkara dan terbukti laughter is the best medicine for your heart.sedikit sebanyak pelajaranku bertambah baik,disamping hidup lebih bermakna dan berilmu. “A hobby a day keeps the doldrums away.”
–Phyllis Mcginley .ada kebenarannya..

diakhir perjalanan hidup di AAJ.aku rasa cukup bertuah.mungkin jika aku tidak ada pengalaman sebegini,aku mungkin masih lagi insan yang lemah dan masih bergantung harap kepada orang lain.perjalanan disini takkan dilupakan,album hati yang tidak mungkin dapat dipadam hingga akhir hayat.ribuan terima kasih kepada semua,hanya allah yang mampu membalas budi kalian.doakan kejayaan aku di jepun agar tidak lari dari tanggungjawab selaku muslim,pelajar,dan manusia.AAJ gradute ceremony

“Life is not easy for any of us.
We must have perseverance and above all confidence in ourselves.
We must believe that we are gifted for something
and that this thing must be attained.”

Marie Curie

Wisdom is the sharing of wise experiences and knowledge, but a lot of it is common sense. The difference is how we apply this common sense – we all have the ability to keep going even when we face challenges in our lives – basically it comes down to your attitude. We can have a positive attitude towards life, or a negative attitude. We can focus on the good or we can focus on the bad. Keeping a positive mental attitude is one of the keys to success.

The choice is always up to you!

Advertisements

HANAMI

April 12, 2008

mungkin ramai yang pernah mendengar istilah HANAMI,salah satu istilah yang penting dan popular dikalangan masyarakat jepun.hanami yang bermaksud ‘melihat bunga’ merupakan salah satu aktiviti tahunan popular dikalangan masyarakat jepun tanpa mengira usia.aktiviti ini akan diadakan pada bulan 4 setiap tahun ketika musim sakura kembang.

gembira kerana pngalaman pertama bersama-sama dengan senior melayu disini,kami berkelah dibawah pokok bunga sakura yang sedang kembang dan luruh.makan sambil menikmati pemandangan cantik dan romantik sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat jepun untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.(harap juga aktiviti sebegini ada di malaysia).

malam sebelumnya,semua senior dan junior,tidak kira lelaki atau perempuan saling tolng menolong memasak dan menyiapkan peralatan untuk kegunaan ketika hanami.nasi lemak,ayam goreng,dan sambal sotong cukup untuk mengenyangkan kami yang kerinduan masakan melayu.selepas makan,kami mula berjalan2 dan menangkap gambar.aktiviti terakhir adalah sesi perkenalan antara orang lama dan kami selaku newcomer di yamanashi.