icigogari

April 14, 2008

huih susah betol nak update blog bile class dah start.baiklah,kali ni tentang satu lagi budaya jepun yang dilakukan ketika musim bunga,icigogari.icigo bermakna strawberi,secara ringkas icigogari bermaksud makan strawberi sebanyak mana yang boleh di ladangnya dengan hanya membayar 1000yen(RM30) .umum tahu taraf hidup dijepun cukup tinggi,buah-buahan sangat mahal,contoh mudah,harga sebijik mangga biasanya paling murah mampu mencecah RM100!,bandingkan dengan negara kita.dek kerana harga yang mahal,maka icigogari dianggap satu peluang untuk menikmati strawberi sepuas-puasnya bersama keluarga.

Ahad yang lepas aku berpeluang menikmati icigogari ini di fruit park,yamanashi.ikutkan biasa,aku di negara sendiri jarang makan strawberi.boleh dikatakan dalam hidup hampir 20 tahun ini,baru hanya beberapa biji strawberi pernah aku makan,tak sampai 10 biji agaknya..aku sebenarnya kurang gemar dengan strawberi kerana rasanya yang kadang2 masam.namun,hari itu,tak terkira banyaknya strawberi yang aku makan.

Kami dibekalkan dengan satu bekas dan susu pekat manis,kemudian,mulalah serangan keatas pokok2 strwberi disitu.manisnya tak terkata,sangat sedap dan manis.tapi awas!ada perkara yang perlu diambil perhatian.bagi yang akan makan banyak,anda perlu berhati2,pastikan jangan makan dengan perut kosong,alaskan perut terlebih dahulu kerana strawberi mengandungi kandungan asid amino yang agak tinggi.kalau tidak,bersedialah untuk ketandas.AWAS! tandas awam dijepun jarang mempunyai paip air,hanya ada tisu tandas.

setelah perut penuh diisi buah berwarna merah itu,kami diberi aiskrim setiap seorang mengikut perasa kesukaaan.kawasan fruit park ini terletak dipuncak bukit,pemandangan cukup cantik.maka kami junior tahun pertama mengambil peluang mengambil gambar sebanyak mungkin,kalau tahun depan datang lagi,mesti malu nak melakukan demikian kerana sudah ada junior baru.haha

setelah selesai,salah satu kereta tersangkut kerana park dengan cara yang salah,nasib baik kami org luar,maka tidak dimarah.kami terus bergerak ke restoran maman,salah satu restoran india muslim utk memenuhkan bahagian perut yang kosong.hari berakhir dengan kekenyangan…class telah bermula,dan perjuangan perlu diteruskan!

7 Responses to “icigogari”

  1. Ali Asyraf Says:

    berdasarkan entri ini, dari kacamata seorg yg tidak tahu berbahasa jepun,

    icigo = strawberi, manakala icigogari = makan strawberi sebanyak mana yang boleh di ladangnya dengan hanya membayar 1000yen(RM30)

    Kesimpulan : makna ‘gari’ ialah “makan sebanyak mana yang boleh di ladang dengan hanya membayar 1000yen(RM30)”

    tak begitu En Haris?

  2. Kabut Says:

    rajin gile ko wat blog..ish3..

  3. abujamil Says:

    salam wr wb. wah..seronok kamu di sana…jaga diri.

  4. alamwalker Says:

    hhuih 2 secara ringkasnye laa saudara ali asyraf..gari=hunting. so act maknenye memburu strawberi.ha,kang pikir lain pulak,ye x?so utk memudahkan pemahamam,sy bg secara ringkas. saye kire terjawab sudah persoalan 2.;p

  5. penamaya Says:

    x yah nak berdebat la alamwalker n aliasyraf.
    makan je stawberi bebanyak!
    haha.

    Nak g Cameron Highlands la… percutian Orator !

  6. mysarah Says:

    the gediks ali.jgn asyik komen je….pi stad nuklear k..

  7. Ali Asyraf Says:

    haha… otel jom buat usul… “strawberi lebih baik daripada durian”… haha!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: