cabaran berAgama

April 26, 2008

pelik sedikit bunyi ‘entri’ kali ni.emm..memang agak mencabar,dan menyeronokkan. Teringat kali pertama sujud dibumi Allah di yamanashi ini.kami solat di car park open air di sport depo. dengan angin sejuk melampau beralaskan blazer kami sembahyang jamak berjemaah.yang kelakarnya,sedang kami solat,ada warga tempatan yang menangkap gambar kami solat.’hilang khusyuk’.;p

islam masih belum popular dijepun dek kerana bangsanya yang hidup tanpa agama.aku bukanlah orang yang tepat untuk bercakap hal-hal agama.tp aku percaya kita semua ada tanggungjawab atas agama kita ISLAM.

cerita entri kali ini tentang masjid kofu.satu-satunya masjid di yamanashi ini.keluasannya mampu menampung hanya 30 orang jemaah.harga sewa rumah di jepun cukup tinggi.itupun trima kasih pada seorang warga india yang bekerja dijepun kerana menyediakan masjid ini.

pada awal kedatangan aku disini,ada seorang mualaf.jepun islam,osman.apa yang lebih menarik,ibu bapa osman baru sahaja memeluk islam minggu lepas.alhamdulilah. cukup kagum dengan senior malaysia yang telah berusaha memakmurkan masjid ini sehingga membuka pintu hati saudara baru.

walau siapa pun kita,walau bagaimanapun cara hidup kita,walau dimana kita berada,kita berpegang pada satu agama,menghadap ke kiblat yang sama.kita ada tanggungjawab atas agama.YOSH!

Advertisements