melayu:antara pengganas & mengganas

May 31, 2008

minggu lepas semasa menonton berita utama TV3 di internet.terkejut besar melihat iklan ‘pengganas melayu’. ini eksploitasi terhadap melayu atau islam?hm.. memang salah satu syarat untuk menjadi melayu adalah wajib beragama islam.hmm..nasib baik masih ade pihak yg peka.maka iklan tersebut sudah ditarik balik.

UK tarik balik iklan gambarkan Melayu pengganas
29/05/2008 8:43pm

KUALA LUMPUR 29 Mei — Suruhanjaya Tinggi United Kingdom di Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menarik balik penyiaran iklan milik Kementerian Pertahanan Britain yang menggambarkan orang Melayu sebagai pengganas semalam.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, penarikan balik iklan di laman web kementerian itu dibuat setelah Malaysia membuat teguran.

“Kementerian juga telah mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu itu daripada pihak berkuasa UK dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Penyiaran iklan kira-kira 30 saat itu yang turut disiarkan di pawagam-pawagam di Britain didedahkan seorang pembaca sebuah akhbar tempatan yang berada di United Kingdom yang menyatakan terkejut melihat iklan itu.

Iklan kepunyaan Royal Marines Commando Britain itu antara lain bertujuan menarik rakyat Britain menyertai pasukan berkenaan. Ia adalah iklan rasmi Kementerian Pertahanan Britain.

seperti baru selesai ’operasi keganasan’, ketua kumpulan pengganas berkenaan berbangsa Melayu, dirakam menembak ke udara sambil menyatakan dengan jelas dalam bahasa Melayu, “Akulah orang yang paling jahat dalam dunia ini. Mari lawan aku. Aku akan bunuh semua’. – Bernama.
persoalannya,dinegara kita sudah ditarik balik.bagaimana di UK?tidak sukup dengan masalah melayu yg gemar berpolitik dari zaman kampus,hingga dewasa.hingga politik yg mengawal ekonomi kita.kita sedabg leka dengan permainan dalaman,hingga tindak tanduk org luar kita lupakan.
sekadar untuk berfikir…

2 Responses to “melayu:antara pengganas & mengganas”

  1. nadiah Says:

    er…kankei nai no koto nan da kedo, i linked ur blog to mine

  2. aabaa Says:

    aduii…orang mlayu ni cume org Malaysia saje ke?Org indonesia xde yg mlayu?knape mereka x pun berkate ape2…dkat South Africa pn ade org mlayu(ini fakta),tp dorg x bkate pun ape2…

    iklan tu cume lah salah satu tujuan mereka2 yg inginkn hiburan..dorg nak ketawa mlihat mlayu sibuk2 psl mnde yg kcik mcm ni,sdgkn byk lg perkara yg bole diutamakn kpd UN….

    ~ksian org arab yg slalu digambarkn sbg pngganas~


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: