CABARAN FUJI 2008

August 27, 2008

alhamdulilah..berkat usaha dan kerjasama semua pihak,terlaksana  jua XPDC fuji 2008.sedikit rumusan, memanjat gunung yg penuh dgn batu pada waktu malam,ditambah dengan keadaan suhu yang sejuk,memang cukup memeritkan.apapun tahniah kepada semua 43orang yang telah berrjaya naik kepuncak dan turun dengan selamatnya.

pada awalnya,aku berfikir utk menawan puncak fuji sahaja,tapi hakikatnya,mungkin bukan puncak itu yang menjadi matlamat cabaran fuji ini.tp semangat setia kawan,pengorbanan dan susah payah yang ditanggung bersama itu lebih penting dan lebih bermakna dibandingkan dengan sampai kepuncak dengan pantas.

cukup terharu dan berbangga dengan semua,walaupun ada yg kurang mampu untuk menawan puncak,namun dengan bantuan rakan2,mampu juga melihat matahari terbit dipuncak.anda yang menolong sahabat walaupon lambat sampai ke puncak,patut berbangga dengan diri.anda lebih gagah dari yg sampai awal!.

harapannya,ukuwah yg terjalan sepanjang XPDC dapat dikekalkan.siapa kita tanpa kawan.walaupun ramai yyg cedera,demam,muntah dan sebagainya,semua itu lumrah sebuah perjalanan.kalau tak sakit,kita tak tahu apa erti selesa dan sihat.

bendera malaysia sekali lagi berkibar dipuncak bumi negara matahari terbit ini.YAHOOO!!!well done guys!

harap semua puas hati dengan layanan yang diberikan..yamanashi 2008.